Skip to main content

Nama Penerima dalam Takaful


 

Setiap polisi takaful akan diberikan pemilihan dalam menamakan beneficiary iaitu WASI ataupun PENERIMA HIBAH.

 

Sebelum 2013, WASI merupakan satu2nya option, akan tetapi selepas AKPI 2013, semua pemegang polisi takaful dapat memilih 2 pilihan.

 

Sekiranya WASI dipilih, maka wang pampasan takaful akan diserahkan kepada WASI yang mana akan mentadbir wang pampasan tersebut dan diagihkan secara faraid.

WASI bukanlah pemilik wang tersebut melainkan beliau adalah salah seorang waris kepada si mati.

 

Manakala jika pilihan HIBAH dipilih, nama dalam list penerima itu adalah milik penerima hibah dan ia tidak perlu diagihkan secara faraid dan ia merupakan hak milik mutlak penerima hibah tersebut. Pihak lain juga tidak boleh menentang terhadap pembahagian pampasan wang takaful tersebut.

 

HIBAH TAKAFUL dalam polisi takaful ialah HIBAH BERSYARAT dan dalam akta APKI 2013 berkaitan Hibah Bersyarat adalah Jadual 10 ialah Pembayaran Manfaat Takaful di bawah Sijil Takaful Keluarga dan Sijil Takaful Kemalangan Kemalangan Diri.

 

Pemberian wang pampasan hibah takaful ini akan berkuat kuasa serta merta selepas berlaku kematian terhadap orang yang dilindungi didalam polisi takaful.


Whatsapp dibawah untuk terus bertanya dengan lebih lanjut.

https://wa.me/60122135332

Comments

Popular posts from this blog

Kartun Untuk Kesedaran Takaful

Appointment di Putrajaya

Appointment dengan seorang pegawai kerajaan di Putrajaya. “Kak, boleh saya tau kenapa akak nak ambil Takaful?” Soalan cepumas sebab nak tahu kenapa akak ni berminat nak dalam Takaful. “Eh mesti kena ambil, penting ni. Macam mana nak bayar bil hospital. ” “Oh yeke, bukan ke orang kerja kerajaan semua kos ditanggung.” “Tak jugak Rusydi. Hari tu kawan akak kena serangan jantung. Dia pegawai jugak. Mula-mula tu memang pergi ke government hospital. Kau tahu la kan masuk hospital kerajaan. Nak kena tunggu queue. Service slow. Tup tup, lepas tu kena transfer ke IJN sebab condition dia dah kronik. Bila ke IJN, nak tak nak memang kena cari wang. Kesian jugak tengok family dia usaha nak dapatkan wang operation semua. Macam-macam cara dia cuba. Sosial media, iklan, kawan-kawan dll.” Jawapan jujur dari seorang pegawai yang bekerja dengan government. Inilah realiti yang dapat kita lihat bila berdepan dengan masalah kewangan. Tambah-tambah masalah kewangan berkaitan bil hospital dan ...

Takaful vs Conventional insurance